SITI HAFSAH BINTI UMAR IBNUL KHATTAB R.A

Ia dinikahi oleh Nabi saw sedang ia janda. Suaminya yang pertama bernama Khunais bin Hudzafah yang gugur sebagai seorang syahid dalam perang Badr, setelah berjuang di medan perang dengan gagah berani. Memang Khunais adalah salah seorang pahlawan perang Badr yang sejarah telah mencatat bagi mereka dalam lembaran-lembaran kepahlawanan, kegagahberanian dan heroisme dalam jihad.

Umar, ayah Hafshah telah menawarkan puterinya kepada Utsman Ibnu Affan yang belum lama berselang ditinggal mati isterinya. Ruqayyah puteri Rasulullah saw. Kemudian ia dinikah oleh Rasulullah saw. Perkahwinan ini adalah sebesar-besar perhormatan, anugerah dan ihsan bagi ayahnya, Umar Ibnul Khattab.

Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahawasanya Umar, setelah puterinya, Hafshah menjadi janda, kerana wafat suaminya, Khunais bin Hudzafah yang menghadiri perang Badr dan mati syahid di Madinah, bertemu dengan Ustman bin Affan. Umar berkata kepadanya: ‘Bila anda suka, aku nikahkan anda dengan Hafshah’. Ustman menjawab: ‘Aku akan fikir-fikir dahulu.’ Maka berlalu beberapa hari, kemudian Ustman berkata : Lalu aku berkata kepada Abu Bakr : “Bila anda suka, ku nikahkan anda dengan Hafshah”. Abu Bakr tidak menjawab, Aku menjadi lebih marah terhadap Abu Bakr daripada terhadap Ustman. Beberapa hari berlalu, kemudian Hafshah dilamar Nabi saw dan aku menikahkannya kepada beliau. Aku kemudian bertemu dengan Abu Bakr dan ia berkata: “Mungkin anda marah padaku, ketika anda menawarkan Hafshah kepadaku dan aku tidak kembali membawa berita apa-apa”. Abu Bakr berkata: “Tiada suatu yang menghalangiku kembali kepada anda untuk memberi jawapan selain bahawa aku telah mengetahui bahawa Nabi saw telah menyebut-nyebutnya, maka aku tidak pantas membuka rahsia beliau. Sekiranya beliau tidak akan menikahinya, aku pasti akan menerimanya.
Cerita tersebut benar-benar menunjukkan keberanian yang sungguh-sungguh, bahkan memperlihatkan kelakian yang sejati, sebagaimana tercermin dalam perbuatan Umar r.a. ia berkehendak menjaga kehormatan dirinya, maka ia tidak merasa malu untuk menawarkan puterinya kepada seorang yang kafir, yang setingkat dengan puterinya, lagi yang baik, sebab perkahwinan adalah jalan baik bagi masyarakat yang baik. Alangkah jauh perbezaan antara kaum muslimin dahulu dengan apa yang kita saksikan sekarang dari keadaan mereka yang diliputi oleh kebodohan tentang hukum-hukum Islam, serta keindahannya yang gemilang. Mereka sekarang membiarkan puteri-puteri mereka menjadi perawan-perawan tua, menunggu datangnya seorang peminang yang kaya besar dan berharta banyak.

0 comments:


 

Copyright 2006| Blogger Templates by GeckoandFly modified and converted to Blogger Beta by Blogcrowds.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.