Khaulah Al-Azwar

Beliau adalah Khaulah binti Tsa`labah bin Ashram bin Fahar bin Tsa`labah Ghanam bin ‘Auf. Beliau tumbuh sebagai wanita yang fasih dan pandai. Beliau dinikahi oleh Aus bin Shamit bin Qais, saudara dari Ubadah bin Shamit r.a yang beliau menyertai perang Badar dan perang Uhud dan mengikuti seluruh perperangan yang disertai Rasulullah saw. Dengan Aus inilah beliau melahirkan anak laki-laki yang bernama Rabi`.

Khaulah binti Tsa`labah mendapati suaminya Aus bin Shamit dalam masalah yang membuat Aus marah, dia berkata, “Bagiku engkau ini seperti punggung ibuku.” Kemudian Aus
keluar setelah mengatakan kalimat tersebut dan duduk bersama orang-orang beberapa
lama lalu dia masuk dan menginginkan Khaulah.

Akan tetapi kesedaran hati dan kehalusan perasaan Khaulah membuatnya menolak hingga jelas hukum Allah terhadap kejadian yang baru pertama kali terjadi dalam sejarah Islam. Khaulah berkata, “Tidak…jangan! Demi yang jiwa Khaulah berada di tangan-Nya, engkau tidak boleh menjamahku karena engkau telah mengatakan sesuatu yang telah engkau ucapkankan terhadapku sehingga Allah dan Rasul-Nya lah yang memutuskan hukum tentang peristiwa yang menimpa kita.”

Kemudian Khaulah keluar menemui Rasulullah saw, lalu dia duduk di hadapan beliau dan menceritakan peristiwa yang menimpa dirinya dengan suaminya. Keperluannya adalah untuk meminta fatwa dan berdialog dengan nabi tentang urusan tersebut. Rasulullah saw bersabda, “Kami belum pernah mendapatkan perintah berkenaan urusanmu tersebut… aku tidak melihat melainkan engkau sudah haram baginya.” Wanita mukminah ini mengulangi perkatannya dan menjelaskan kepada Rasulullah saw apa yang menimpa dirinya dan anaknya jika dia harus cerai dengan suaminya, namun rasulullah saw tetap menjawab,
“Aku tidak melihat melainkan engkau telah haram baginya”.

Sesudah itu wanita mukminah ini sentiasa mengangkat kedua tangannya ke langit sedangkan di hatinya tersimpan kesedihan dan kesusahan. Pada kedua matanya nampak menitiskan air mata dan semacam ada penyesalan, maka beliau menghadap kepada Yang tiada akan rugi siapapun yang berdoa kepada-Nya.

Beliau berdo’a, “Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu tentang peristiwa yang menimpa diriku”.

Alangkah bagusnya seorang wanita mukminah semacam Khaulah, beliau berdiri di hadapan Rasulullah saw dan berdialog untuk meminta fatwa, adapun istighatsah dan mengadu tidak ditujukan melainkan untuk Allah Ta`ala. Ini adalah bukti kejernihan iman dan tauhidnya yang telah dipelajari oleh para sahabat kepada Rasulullah saw. Tiada henti-hentinya wanita ini berdo`a sehingga suatu ketika Rasulullah saw pengsan sebagaimana biasanya beliau pengsan tatkala menerima wahyu. Kemudian setelah Rasulullah saw sadar kembali, beliau bersabda, “Wahai Khaulah, sungguh Allah telah menurunkan al-Qur`an tentang dirimu dan suamimu kemudian beliau membaca firman-Nya (ertinya),

“Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan [halnya] kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat,…sampai firman Allah: “dan bagi oranr-orang kafir ada siksaan yang pedih.”(Al-Mujadalah:1-4)


Kemudian Rasulullah saw menjelaskan kepada Khaulah tentang kafarat (tebusan) Zhihar:

Nabi : Perintahkan kepadanya (suami Khansa`) untuk memerdekan seorang budak

Khaulah : Ya Rasulullah dia tidak memiliki seorang budak yang bisa dia merdekakan.

Nabi : Jika demikian perintahkan kepadanya untuk shaum dua bulan berturut-turut

Khaulah : Demi Allah dia adalah laki-laki yang tidak kuat melakukan shaum.

Nabi : Perintahkan kepadanya memberi makan dari kurma sebanyak 60 orang miskin

Khaulah : Demi Allah ya Rasulullah dia tidak memilikinya.

Nabi : Aku bantu dengan separuhnya

Khaulah : Aku bantu separuhnya yang lain wahai Rasulullah. Nabi : Engkau benar dan baik maka pergilah dan sedekahkanlah kurma itu sebagai kafarat baginya, kemudian bergaulah dengan anak pamanmu itu secara baik.”

Maka Khaulah pun melaksanakannya. Inilah kisah seorang wanita yang mengajukan gugatan kepada pemimpin anak Adam a.s yang mengandung banyak pelajaran di dalamnya dan banyak hal yang menjadikan seorang wanita yang mengangkat kepalanya tinggi-tinggi dengan bangga dan perasaan mulia dan besar perhatian Islam terhadapnya.

Ummul mukminin Aisyah ra berkata tentang hal ini, “Segala puji bagi Allah yang Maha luas pendengaran-Nya terhadap semua suara, telah datang seorang wanita yang mengajukan gugatan kepada Rasulullah saw, dia berbincang-bincang dengan Rasulullah saw sementara aku berada di samping rumah dan tidak mendengar apa yang dia katakan, maka kemudian Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat, “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan wanita yang memajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya dan mengadukan (halnya) kepada Allah…” (Al-Mujadalah: 1)

Inilah wanita mukminah yang dididik oleh Islam yang menghentikan Khalifah Umar bin Khaththab r.a saat berjalan untuk memberikan kekuatan dan nasihat kepadanya. Beliau berkata, “Wahai Umar aku telah mengenalmu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga memiliki nama Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah perihal rakyatmu, ketahuilah barangsiapa yang takut akan siksa Allah maka yang jauh akan menjadi dekat dengannya dan barangsiapa yang takut mati maka dia kan takut kehilangan dan barangsiapa yang yakin akan adanya hisab maka dia takut terhadap Adzab Allah.” Beliau katakan hal itu sementara Umar Amirul Mukminin berdiri sambil menundukkan kepalanya dan mendengar perkataannya.

Akan tetapi al-Jarud al-Abdi yang menyertai Umar bin Khaththab tidak tahan mengatakan kepada Khaulah, “Engkau telah berbicara banyak kepada Amirul Mukminin wahai wanita.!” Umar kemudian menegurnya, “Biarkan dia…tahukah kamu siapakah dia? Beliau adalah Khaulah yang Allah mendengarkan perkataannya dari langit yang ketujuh, maka Umar lebih berhak untuk mendengarkan perkataannya. ”

Dalam riwayat lain Umar bin Khaththab berkata, “Demi Allah seandainya beliau tidak menyudahi nasihatnya kepadaku hingga malam hari maka aku tidak akan menyudahinya sehingga beliau selesaikan apa yang dia kehendaki, kecuali jika telah datang waktu shalat maka aku akan mengerjakan shalat kemudian kembali mendengarkannya sehingga selesai keperluannya.”

Anak Kecil Main Api

Sayyidatina Khadijah R.A

Menurut riwayat sejarawan-Ibn al-Athir dan Ibn Hisyam-Khadijah adalah seorang peniagawati yang mengupah kaum lelaki memperniagakan harta dan barangannya. Apabila beliau mendengar nama Muhammad seorang yang dikenali jujur,beramanah,berakhlak mulia,dia menawarkan supaya diperdagangkan hartanya itu ke negeri Syam (Syria) dengan upah yang lebih tinggi .

Muhammad dibantu oleh Maisarah,(budak suruhan Khadijah) .Dalam perniagaan ini Muhammad membawa keuntungan besar. Lebih dari itu Maisarah membawa berita tentang akhlak mulia Muhammad yang cukup dikagumi kepada puannya.

Khadijah menjadi lebih kagum dengan sifat amanah dan keberkatan yang dibawa Muhamma. Dia menawarkan dirinya untuk disunting Muhammad melalui kawannya Nafisah. Lamaran itu diterima oleh Muhammad. Lalu Muhammad meminta supaya bapa-bapa saudaranya menghubungi bapa saudara Khadijah, Umar Ibn Asad melamar Muhammad. Kemudian mereka berkahwin.Sebelwn ini Khadijah sudah dua kali berkahwin iaitu 'Atiq al-Tamimi dan Abu Halah al-Tamimi(lihat,al-Buti 1999:52).

Wanita Terbaik di Muka Bumi
Riwayat Muslim dan al-Bukhari mengatakan sebaik-baik wanita adalah Maryam Binti 'Imran dan Khadijah Binti Khuwailid. Justeru itu Khadijah mempunyai kedudukan yang istimewa di hati Rasulullah s.a. w.

Meskipuan sesudah meninggal dunia ia dicemburui oleh 'Aisyah r.a. Bukti kesayangan nabi kepada Khadijah ialah riwayat 'Aisyah yang mengatakan setiap kali keluar dari rumah nabi Muhammad s.a.w. akan memuji Khadijah sehinggalah pada suatu hari 'Aisyah merasai cemburu lalu meluncur dari mulutnya: Tidak adakah yang lain dapat mengganti si tua itu?Rasulullah menjawab dengan marahnya:

Demi Allah!Tidak ada yang dapat menggantikan dari segi kebaikan selain darinya.Dia beriman ketika manusia kufur,dia membenarkan aku ketika orang lain membohongi ku,dia bersimpati dengan hananya ketika orang lain mengalangi ku.Allah menganugerahkan kepadaku darinya anak dan tidak perempuan lain.


Perkahwinan baginda Rasulullah s.a.w.dengan wanita ideal ini membawa ke akhir hayat. Khadijah pada masa itu sudah berusia enam puluh lima tahun.Muhammad s.a.w. pula berusia lima puluh tahun. Selama bersama khadijah dua puluh lima tahun Muhammad tidak pemah berniat untuk berkahwin lagi. Hanya selepas kewafatan Khadijah barulah Rasulullah s.a. w. berkahwin dengan 'Aisyah dan isteri-isteri lain-Iain (ibid:53).

Riwayat Hidup

Nama penuh beliau ialah Khadijah Binti Khuwalid bin Asad bin 'Abdul 'Uzza bin Qusay bin Kilab bin Murrah. Dari Qusay bin Kilab bertemu nasab beliau dengan Rasulullah s.a.w.(A.Guillaume,1978:82). Sejak zaman Jahiliah kedudukan Khadijah amat tinggi dengan keturunan yang baik juga keperibadian beliau yang cukup dihormati.
Faktor keturunan,kebijaksanaan,kecantikan dan kekayaan terkumpul pada dirinya segala kelebihan dan kebaikan(Qadariyyah Husin,t.t. :8). Beliau juga adalah seorang pengurus yang berjaya.Ibn Kathir mensifatkan Khadijah adalah seorang yang cukup matang,berpandangan jauh(Ibn Kathir,1971:262).

Ini terbukti dari pemilihannya menjadikan Muhammad sebagai suaminya walau pun dia lebih tua dari suaminya itu. Adalah luar biasa,Khadijah berupaya mengangkat martabat dirinya ketika adat masyarakat jahiliah merendah-rendahkan taraf wanita.Beliau hidup di tengah kemungkaran,tetapi mampu menepis segala gejala buruk itu sehinggakan beliau dikenali sebagai('Afifah Tahirah).

Perkahwinan beliau dengan nabi Muhammad s.a.w. membawa kebahagiaan sejati. Apabila wahyu pertama diturunkan dia lah yang pertama beriman.Ketika Rasulullah s.a. w. dilakukan sewenang-wenang, dia jualah yang menjadi perisai. Justeru itu beliau mengorbankan seluruh harta kekayaann a untuk perjuangan Rasululla, s.a. w. Apabila beliau wafat maka tahun itu dinamakan "tahun dukacita"bagi Rasulullah.
Selepas bertemu Rasulullah s.a. w. beliau meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan hidup untuk berabdi diri kepada Tuhan dan berjuang menegakkan kebenaran. Penganut Islam amat bersyukur atas segala jasanya itu. Beliau menumpukan perhatian kepada suami dan anak-anak serta penyebaran Islam.

Lambang Kasih Seorang Isteri
Kasih sayang dan saling mengerti serta kecenderungan yang sama adalah punca keharmonian rumahtangga. Inilah yang terjadi kapada pasangan ideal ini.
Mereka bertemu jodoh dengan pilihan masing-masing yang tepat. Nabi SAW Muhammad cukup bertuah seperti juga Khadijah amat bertuah kerana mendapat pasangan secucuk dan sepadan. Ia hubungan kesetiaan yang tiada tolak bandingnya,memberikan contoh teladan dalam kasih sayang dan pengorbanan.Masing-masing bersedia menanggung kesusahan dan bersedia memberi pertolongan. Khadi'ah melaksanakan segala kewajipan dan tanggung jawab sehingga Nabi Muhammadtmendapat kedamaian yang tiada bandingan(Qadariyyah,op.cit:20).

Kehadiran Khadijah dalam kehidupan nabi memberi suatu kekuatan dan tenaga pendorong untuk menghadapi tugas yang amat berat. Beliau menjadi temanhidup yang dapat menghilangkan kesepian,memberi hiburan di kala duka, malah rela berkorban sepanjang masa. Semasa suammya berangkat ke gua-gua di sekitar Mekah untuk bersedirian,dia mempersiapkan bekalan yang diperlukan.Jika suaminya lambat pulang dia amat gelisah.Bila dilihat suaminya bermunajat dia merasa tenang dan sabar tanpa mengomel. Sebenamya,bukanlah suatu perkara yang enteng bagi seorang isteri menahan kesabaran untuk suami yang sering meninggalkan rumah dengan alasan untuk beribadat,terutama pada zaman jahiliah yang penuh kemaksiatan dan kemungkaran. Sekiranya Khadijah mengikutkan perasaan sudah pasti dia memprotes perbuatan Rasulullah itu. Tetapi Khadijah mempunyai keyakinan yang teguh terhadap suaminya itu.
Dua puluh lima tahun bersama Rasulullah Khadijah sumber kebahagiaan,ketenangan,kemesraan yang mendalam. Dia meninggalkan contoh terbaik sebagai suri yang patuh dan taat.

Khadijah Ibu Sejati

Tidak banyak fakta sejarah yang secara jelas menulis tentang peranan Khadijah sebagai ibu.Namun ada disebut anaknya dengan Rasulullah seramai tujuh orang. Anak lelaki kesemuanya meninggal iaitu al-Qasim,Tahir dan Tayyib. Hanya anak perempuan yang kekal hidup iaitu Zainab,Ruqayyah, Umm Kalthum dan Fatimah(Abdul Salam Harun,1977:44).
Apa yang difahami dia amat memberikan perhatian berat kepada pendidikan anak-anak perempuan ini. Ibu adalah guru pertama bagi anak muslim. Khadijah mendidik sendiri anak-anaknya bersama Rasulullah. Zainab anak sulung dilatih sejak awal bukan dalam keadaan manja,tetapi lebih cepat matang. Zainab menjadi "ibu kecil" bagi adik-adiknya. Dia ditugas mengawasi adiknya Fatimah,mengisi waktu dengan bermain,apalagi ibunya sudah agak berumur(Binti sl Syati,1975:85).

Pendidikan melalui tauladan menjadi teras bagi Khadijah. Hasil didikannya tidaklah aneh jika anak-anaknya seperti Ruqayyah dan Fatimah mampu bersabar dan mampu pula menghadapi kesulitan hidup. Sebab dari buah dikenal pokoknya, demikian kata pepatah Melayu, maka itulah jua yang berlaku kepada Khadijah,Keunggulan beliau sebagai ibu dikenal melalui sahsiah anak-anaknya.

Sumbangan

Memang sukar memperincikan sumbangan beliau secara ditil,tetapi seawal perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. sehingga wafatnya,kisah hidup beliau penuh dengan pengorbanan. Ketika Nabi Muhammad menyatakan resah didatangi Jibril,biasanya si perempuan akan menjadi lebih resah dari suami.Mungkin sifat keibuan yang tinggi dan isteri yang penyayang ini membuat Khadijah dapat menenangkan nabi Muhammad.
Ketika nabi berdakwah dia pula menjadi pembantu. Contoh sebaiknya apabila dia turut bersama diboikot di lorong Abu Talib,sehingga kesan dari situ menyebabkan beliau sakit dan menemui ajalnya. Dia tidak seperti isteri Nuh dan Lut. Dia berdiri di samping nabi mempertahankan Islam hingga merakamkan namanya sebagai pembela agama yang kental. Malah dialah lambang penyertaan aktif wanita dalam gerakan Islam yang tidak dapat dinafikan.

Khadijah bukan hanya sanggup memberikan sokongan moral tetapi juga material. Pengorbanan beliau secara tidak langsung dirakam oleh Allah S.W.t. dalam surah al-Duha:6-8. Dia mengeluarkan harta untuk jihad dan perbelanjaan umum.Malah kekuatan Islam pada peringkat awal digerakkan oleh dana yang disumbangkan oleh beliau. Rasulullah dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada dakwah kerana dokongan sumber dari Khadijah.

Kewafatan

Selepas dua puluh lima tahun brsama Rasulullah,pergilah seorang wanita yang menjadi isteri,ibu dan pejuang yang istimewa dan nabi tidak berenggang dengannya selama tiga hari.Akhimya,beliau melepaskan nafas terakhir di hadapan suaminya. mayatnya dimasukkan sendiri oleh suami ke persemadian terakhir. Suatu kehilangan yang amat cukup dirasai oleh Rasulullah. Islam ketika itu sudah berkembang ke luar dari Mekah.

Namun pemergiannya sesudah menyempurnakan tugas sebagai isteri,ibu dan pejuang kerana beliau sudah memikul segala amanah dan tanggung jawab. Dia muncul sebagai sebaik-baik wanita di dunia dengan gelaran "ibu semua kaum mukminin". Beliau meninggalkan zuriat Rasulullah melalui anaknya Fatimah yang kekal hingga ke hari ini.

Penutup

Khadijah menjadi inspirasi wanita dunia yang begitu teguh iman dan pendirian,amat setia,beramanah dan bertanggung jawab serta menjadi ibu yang terbaik. Dia mengutamakan pendidikan anak-anak melebihi tugas lain.
Bagi mereka yang keluar rumah untuk mencari nafkah hidup tidak boleh menjadikan itu alasan untuk tidak dapat menyempurnakan tugas asasi mereka. Wanita mesti melibatkan diri dengan peIjuangan Islam dari contoh tauladan yang ditunjuk oleh Khadijah.

Pengertian Sirah Nabi S.A.W..dan Manfaatnya.....

Untuk meluruskan persepsi tentang sirah Nabi s.a.w diperlukan satu pengertian yang benar terhadap sirah tersebut.

Sirah Nabi s.a.w yang dimaksudkan di sini adalah kumpulan berita-berita yang diriwayatkan atau dikisahkan berisi peri kehidupan Rasullullah s.a.w yang meliputi nasab, kandungan beliau di perut ibunya, kelahirannya dan keadaan kehidupan yang menyertainya, pemeliharaannya, masa kecilnya, masa remaja dan kedewasaan beliau, pengangkatan beliau sebagai Nabi, turunnya wahyu kepada beliau dan permulaan dakwahnya, masa-masa dakwah di Mekah dan setelah hijrahnya ke Madinah, pembentukan negara di Madinah dan pembelaan beliau terhadap negara tersebut, jihad beliau melawan musuh-musuh agama di dalam negara dan di luarnya, pengiriman duta, utusan-utusan dan angkatan perang, kepemimpinan beliau s.a.w, perang-perang penting, pengembangan dakwah Islam di Jaziroh Arab dan di luarnya, sakit dan kematian beliau dan pengaruhnya terhadap para sahabat s.a.w sampai perawatan jenazah beliau s.a.w (As-Siroh An-Nabawiyah oleh Muhammad Abdul Qadir Abu Faaris, cetakan pertama, Dar Al Furqaan, Ammaan, Yordania hlm. 49)

Faedah mempelajari sirah Rasulullah s.a.w adalah:

1.Mendapatkan dan menemukan aplikasi konkrit dari hukum-hukum Islam yang terkandung dalam ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith Nabi dalam rakam bidang kehidupan.

2.Mencontohi sifat Rasulullah s.a.w menuntut seorang untuk mengetahui sifat-sifat dan keadaan kehidupan beliau s.a.w dalam segala bidang kehidupan kerana beliau adalah suri teladan yang baik atau seorang ummi yang patut kita contohi.. Sebagaimana firman Allah s.w.t:


لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا اللهَ وَالْيَوْمَ اْلأَخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS Al Ahzab: 21)


3.Mencontohi dan mengikuti Rasulullah s.a.w merupakan tanda kecintaan seseorang terhadap Allah S.W.T dan yang melakukannya akan mendapatkan kecintaan Allah dan keampunanNya, sebagaimana firman Allah S.W.t:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللهُ غَفُورُُ رَّحِيمُ
“Katakanlah, Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allahmengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Ali Imran: 31)


4. Dapat menemui dalil-dalil mukjizat yang dapat menguatkan dan menambah iman.

5. Dapat menguatkan azam kaum mukminin yang mengikuti jalannya Rasulullah s.a.w dan memantapkan mereka dalam membela agama dan kebenaran serta memberikan ketenangan dalam hati mereka dengan mengenal apa yang terdapat dan terkandung dari sirah Rasulullah s.a.w berupa sikap-sikap keimanan dan kekuatan akidah beliau dalam menghadapi cubaan dan musuh-musuhnya.

6.Dalam sirah Rasulullah s.a.w terdapat pelajaran dan nasihat serta hikmah-hikmah yang boleh diambil oleh semua umatnya bagi membentuk manusia yang baik dengan akhlak yang baik dan menjadi garis panduan kepada umatnya.

7.Sirah Rasulullah s.a.w merupakan gambaran contoh yang tinggi yang dimiliki oleh seseorang manusia yang sempurna dari segala sisi.

8.Sirah Rasulullah s.a.w yang banyak mengisi tentang pelajaran-pelajaran yang boleh digunakan di setiap lapisan masyarakat manusia dan meringankan mereka dalam menghadapi segala cubaan dan ujian hidup yang mereka hadapi dan amalkan segala sunnah Rasulullah s.a.w.

9. Ia juga dapat membantu kita memahami Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

10.Selain kita dapat banyak pengetahuan yang benar tentang pelbagai ilmu-ilmu keislaman contohnya aqidah, syariat, akhlak, tafsir, hadith, politik, pendidikan dan sosial kemasyarakatan dan lain-lain lagi.

11.Kita dapat mengenal perkembangan dan pertumbuhan dakwah Islam dan apa yang terjadi pada Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya dalam menegakkan kalimah Allah serta apa yang dihadapi para sahabat dari kesulitan-kesulitan yang mereka hadapi.

12. Dapat mengenal sebab turunnya ayat-ayat Al Quran dan korelasi ucapan-ucapan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.

13. Dapat mengenal nasakh dan mansukh dalam Al Quran dan hadits.

14. Dapat mengetahui mukjizat-mukjizat yang Allah kurniakan kepada Rasulullah s.a.w.

15.Menanamkan rasa kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.

Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi.
Biar kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai.
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat.
Biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula...
kerana TUHAN SESEKALI TIDAK MENZALIMI HAMBA-NYA..
TAPI MANUSIA YANG MENZALIMI DIRI MEREKA SENDIRI..


 

Copyright 2006| Blogger Templates by GeckoandFly modified and converted to Blogger Beta by Blogcrowds.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.