Ia dinikahi oleh Nabi saw sedang ia janda. Suaminya yang pertama bernama Khunais bin Hudzafah yang gugur sebagai seorang syahid dalam perang Badr, setelah berjuang di medan perang dengan gagah berani. Memang Khunais adalah salah seorang pahlawan perang Badr yang sejarah telah mencatat bagi mereka dalam lembaran-lembaran kepahlawanan, kegagahberanian dan heroisme dalam jihad.

Umar, ayah Hafshah telah menawarkan puterinya kepada Utsman Ibnu Affan yang belum lama berselang ditinggal mati isterinya. Ruqayyah puteri Rasulullah saw. Kemudian ia dinikah oleh Rasulullah saw. Perkahwinan ini adalah sebesar-besar perhormatan, anugerah dan ihsan bagi ayahnya, Umar Ibnul Khattab.

Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahawasanya Umar, setelah puterinya, Hafshah menjadi janda, kerana wafat suaminya, Khunais bin Hudzafah yang menghadiri perang Badr dan mati syahid di Madinah, bertemu dengan Ustman bin Affan. Umar berkata kepadanya: ‘Bila anda suka, aku nikahkan anda dengan Hafshah’. Ustman menjawab: ‘Aku akan fikir-fikir dahulu.’ Maka berlalu beberapa hari, kemudian Ustman berkata : Lalu aku berkata kepada Abu Bakr : “Bila anda suka, ku nikahkan anda dengan Hafshah”. Abu Bakr tidak menjawab, Aku menjadi lebih marah terhadap Abu Bakr daripada terhadap Ustman. Beberapa hari berlalu, kemudian Hafshah dilamar Nabi saw dan aku menikahkannya kepada beliau. Aku kemudian bertemu dengan Abu Bakr dan ia berkata: “Mungkin anda marah padaku, ketika anda menawarkan Hafshah kepadaku dan aku tidak kembali membawa berita apa-apa”. Abu Bakr berkata: “Tiada suatu yang menghalangiku kembali kepada anda untuk memberi jawapan selain bahawa aku telah mengetahui bahawa Nabi saw telah menyebut-nyebutnya, maka aku tidak pantas membuka rahsia beliau. Sekiranya beliau tidak akan menikahinya, aku pasti akan menerimanya.
Cerita tersebut benar-benar menunjukkan keberanian yang sungguh-sungguh, bahkan memperlihatkan kelakian yang sejati, sebagaimana tercermin dalam perbuatan Umar r.a. ia berkehendak menjaga kehormatan dirinya, maka ia tidak merasa malu untuk menawarkan puterinya kepada seorang yang kafir, yang setingkat dengan puterinya, lagi yang baik, sebab perkahwinan adalah jalan baik bagi masyarakat yang baik. Alangkah jauh perbezaan antara kaum muslimin dahulu dengan apa yang kita saksikan sekarang dari keadaan mereka yang diliputi oleh kebodohan tentang hukum-hukum Islam, serta keindahannya yang gemilang. Mereka sekarang membiarkan puteri-puteri mereka menjadi perawan-perawan tua, menunggu datangnya seorang peminang yang kaya besar dan berharta banyak.

Nama asalnya ‘Barrah’ Rasulullah saw menggantinya dengan nama ‘Maimunah’ (yang memperolehi keberkatan). Ia adalah isteri Rasulullah saw yang terakhir. Tentang diri Maimunah ini Aisyah berkata: Adapun dia itu adalah yang paling bertakwa kepada Allah SWT di antara kami, dan yang paling suka menghubungi sanak keluarga. Ia dalah janda, bekas isteri Abu Rahim bin Abdul Uzza. Diriwayatkan bahawa Abbas bin Abdul Muththalib dialah yang menggairahkan Nabi saw untuk mengahwini Maimunah. Jelaslah bahawa perkahwinan Rasulullah saw dengannya merupakan kebajikan dan kebaikan hubungan serta penghormatan kepada sanak keluarganya yang berjuang membantu dan menolong Rasulullah saw.

Rasulullah saw berkahwin dengan Siti Juwariah binti harits bin Dhirar, pemuka marga Banil Musthaliq janda seorang laki-laki bernama Musafa’ bin Shafwan, yang mati di medan Muraisi meninggalkan isterinya yang jatuh sebagai tawanan ke dalam tangan kaum muslimin. Suaminya semasa hidupnya adalah orang yang paling besar permusuhannya terhadap Islam dan paling gigih khususnya kepada Nabi saw dengan Juwariah dan pula dengan Shafiah.

SITI HINDUN

Rasulullah saw menikah dengan ummu salamah janda abdullah bin abdul-asad. Bekas suaminya itu termasuk barisan muslimin terdahulu (orang-orang pertama memeluk islam) dan turut berhijrah ke Habasyah. Isterinya (hindun) turut serta berhijrah untuk menyelamatkan agamanya.sementara itu ia memperoleh anak, yang diberi nama salamah. Suaminya mati syahid, gugur di medan perang uhud. Maka tinggallah hindun seorang diri dengan empat anaknya tanpa ada yang menjamin dan menanggung kehidupan mereka. Rasullah saw tidak melihat suatu jalan untuk melipur hati janda itu dan menanggung kehidupannya dan kehidupan anak-anaknya, selain mengawini dia. Tatkala nabi saw meminangnya, ia meminta maaf dan berkata: “saya sudah berusia lanjut dan ibu dari anak-anak yatim, dan pula saya suka cemburu.”

Rasullah saw menjawab keterangannya itu dengan mengutus orang kepadanya untuk menyampaikan jawapan beliau: “adapun yang bersangkutan dengan anak-anak yatim itu, aku menanggung kehidupan mereka, dan dalam pada itu aku akan berdo’a kepada Allah, semoga allah menghilangkan kecemburuan dari hatimu. Rasullah saw tidak memperdulikan usia hindun. Beliau menikah dengan dia, setelah ia menyatakan persetujuannya. Beliau memikul atas dirinya untuk mengasuh dan mendidik anak-anak hindun yang yatim-yatim itu yang memperoleh tempat luas di hati rasullah saw sehingga mereka tidak merasakan kehilangan ayah mereka, sebab rasul saw telah mengganti ayah mereka dengan seorang ayah yang lebih kasih sayang kepada mereka dari ayah mereka sendiri.

Pada Ummul-mukminin Ummu Salamah r.a telah bersatu kemuliaan asal keturunan, kehidupan rumah tangga yang terhormat dan keawalannya dalam memeluk Islam, ditambah dengan suatu keutamaan lain, iaitu kebaikan fikirannya. Cukuplah sebagai bukti bagi kita atas kebenaran hal ini bahawasanya Nabi saw sering meminta pendapatnya tentang sesuatu masalah yang memperhatikan beliau berkenaan dengan suatu urusan keum muslimin, dan apa yang ia berikan kepada Nabi saw sebagai pendapat. Hal ini terjadi pada peristiwa ‘Persetujuan Hudaibiah’. Kaum m uslimin sangat tersinggung perasaan mereka kerana persetujuan dengan kaum musyrikin itu, yang di dalamnya tercantum mengadakan genjatan senjata selama sepuluh tahun dengan syarat-syarat yang diajukan oleh kaum musyrikin, oleh kaum muslimin dipandang sebagai merugikan hak-hak mereka,padahal mereka ketika itu berada pada puncak kebesarannya. Sebagai akibat daripada kekecewaan mereka itu, mereka berlamban-lamban dalam melaksanakan perintah Rasulullah saw.

Tatkala beliau memerintahkan kepada mereka supaya mereka mencukur atau memotong rambut kepala, untuk kembali ke Madinah. Tiada seorang pun dari mereka mematuhi perintah Nabi saw. Beliau lalu masuk kepada isteri beliau, Ummu Salamah meringkas masalah itu ia menasihatkan beliau untuk keluar dan mencukur rambutnya di hadapan mereka. Ia memastikan bahawa mereka (bila melihat perbuatan Nabi saw) tidak ragu-ragu akan mengikuti jejak beliau, sebab mereka akan mematuhi bahawa hal itu sudah menjadi suatu perintah yang harus dilaksanakan tidak dapat dielakkan lagi. Dan nyatalah hasilnya, sebab begitu Rasulullah saw keluar dan menyuruh pemotong rambut mencukur kepalanya, berduyun-duyunlah mereka mengikuti perbuatan Rasulullah saw. Hal itu adalah nasihat Ummul-mukminin. Ummu Salamah r.a

Pada tahun ketujuh hijrah, Rasulullah saw berkahwin dengan Siti Ummu Habibah r.a iaitu janda Ubaidullah bin Jahsy yang wafat di Tanah Habasyah. Annajjasyi menikahkan Ramlah (Ummu Habibah) dengan rasulullah saw dan memberikan kepadanya ats nama Nabi saw mahar sebesar empat ribu dirham, kemudian mengirimnya kepada Rasulullah saw dengan di hantar oleh Syarahbil bin Hasanah.

SITI ZAINAB BINTI KHUZAIMAH R.A

Rasulullah saw menikahinya setelah Hafshah. Zainab adalah bekas isteri pahlawan yang gagah berani, yang mati syahid dalam membela Islam, iaitu Ubaidah bin Harits bin Abdul-muththalib. Ubaidah gugur pada duel (perang tanding) pertama di medan perang Badr. Ketika suaminya gugur sebagai seorang syahid, Zainab sedang menjalankan tugasnya, merawat prajurit-prajurit yang terluka dan membalut luka-luka mereka. Kematian suaminya tidak menghentikannya dari mengerjakan tugas yang dipikulnya, sampai Allah SWT mentakdirkan kemenangan bagi kaum mukminin dalam pertempuran pertama yang mereka lakukan melawan kaum musyrikin. Setelah Rasulullah saw mengetahui akan kesabaran dan ketetapan hati Zainab, serta kegigihan perjuangannya dan bahawa sudah tidak ada lagi orang yang akan memberikan nafkah hidup kepadanya, Rasulullah saw meminangnya, melindunginya dan mengembirakan hatinya setelah ia tidak mempunyai lagi pelindung dan penolong.
Yang mulia Syaikh Muhammad Mahmud Shawaf dalam bukunya yang bernilai dan berjudul “isteri-isteri Nabi yang suci” berkata: Setelah membawakan kisah yang penuh keagungan dari keluhuran tentang kematisyahidan suaminya: ‘Zainab telah mencapai usia enam puluh tahun, ketika Nabi saw menikahinya. Ia hidup, setelah kawin dengan Nabi saw tidak lebih dari dua tahun, sebagai isteri beliau kemudian Allah SWT mewafatkannya dalam keadaan ridha dan diridhai.

Apakah pendapat para pendusta tentang perkahwinan yang mulai dan tujuannya yang luhur itu? Apakah mereka mendapati sesuatu di dalamnya seperti apa yang dibuahkan oleh kaum pembohong itu? Apakah menemukan dalam perkahwinan itu tendensi hawa nafsu dan syahwat? Ataukah yang mereka temukan malahan kemuliaan, kesucian, kesayangan, kebaikan dan kebajikan dari pihak Rasul kemanusiaan yang agung, yang datang untuk menjadi rahmat bagi semesta alam?
Hendaklah kaum orientalis yang mempunyai maksud- maksud tertentu itu takut kepada Allah SWT dan hendaklah mereka menunaikan amanat ilmu dengan baik dan janganlah mengkhianatinya untuk tujuan-tujuan jahat, untuk kepentingan mereka menjadi orientalis dan mempelajari ilmu –ilmu keislaman (Islamologi), hanya untuk melakukan intrik dan tipu daya, serta menjatuhkan nama baik Rasul kemanusiaan, Muhammad saw.


 

Copyright 2006| Blogger Templates by GeckoandFly modified and converted to Blogger Beta by Blogcrowds.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.