Menurut riwayat sejarawan-Ibn al-Athir dan Ibn Hisyam-Khadijah adalah seorang peniagawati yang mengupah kaum lelaki memperniagakan harta dan barangannya. Apabila beliau mendengar nama Muhammad seorang yang dikenali jujur,beramanah,berakhlak mulia,dia menawarkan supaya diperdagangkan hartanya itu ke negeri Syam (Syria) dengan upah yang lebih tinggi .
Muhammad dibantu oleh Maisarah,(budak suruhan Khadijah) .Dalam perniagaan ini Muhammad membawa keuntungan besar. Lebih dari itu Maisarah membawa berita tentang akhlak mulia Muhammad yang cukup dikagumi kepada puannya.
Khadijah menjadi lebih kagum dengan sifat amanah dan keberkatan yang dibawa Muhamma. Dia menawarkan dirinya untuk disunting Muhammad melalui kawannya Nafisah. Lamaran itu diterima oleh Muhammad. Lalu Muhammad meminta supaya bapa-bapa saudaranya menghubungi bapa saudara Khadijah, Umar Ibn Asad melamar Muhammad. Kemudian mereka berkahwin.Sebelwn ini Khadijah sudah dua kali berkahwin iaitu 'Atiq al-Tamimi dan Abu Halah al-Tamimi(lihat,al-Buti 1999:52).
Wanita Terbaik di Muka Bumi
Riwayat Muslim dan al-Bukhari mengatakan sebaik-baik wanita adalah Maryam Binti 'Imran dan Khadijah Binti Khuwailid. Justeru itu Khadijah mempunyai kedudukan yang istimewa di hati Rasulullah s.a. w.
Meskipuan sesudah meninggal dunia ia dicemburui oleh 'Aisyah r.a. Bukti kesayangan nabi kepada Khadijah ialah riwayat 'Aisyah yang mengatakan setiap kali keluar dari rumah nabi Muhammad s.a.w. akan memuji Khadijah sehinggalah pada suatu hari 'Aisyah merasai cemburu lalu meluncur dari mulutnya: Tidak adakah yang lain dapat mengganti si tua itu?Rasulullah menjawab dengan marahnya:
Perkahwinan baginda Rasulullah s.a.w.dengan wanita ideal ini membawa ke akhir hayat. Khadijah pada masa itu sudah berusia enam puluh lima tahun.Muhammad s.a.w. pula berusia lima puluh tahun. Selama bersama khadijah dua puluh lima tahun Muhammad tidak pemah berniat untuk berkahwin lagi. Hanya selepas kewafatan Khadijah barulah Rasulullah s.a. w. berkahwin dengan 'Aisyah dan isteri-isteri lain-Iain (ibid:53).
Riwayat Hidup
Nama penuh beliau ialah Khadijah Binti Khuwalid bin Asad bin 'Abdul 'Uzza bin Qusay bin Kilab bin Murrah. Dari Qusay bin Kilab bertemu nasab beliau dengan Rasulullah s.a.w.(A.Guillaume,1978:82). Sejak zaman Jahiliah kedudukan Khadijah amat tinggi dengan keturunan yang baik juga keperibadian beliau yang cukup dihormati.
Faktor keturunan,kebijaksanaan,kecantikan dan kekayaan terkumpul pada dirinya segala kelebihan dan kebaikan(Qadariyyah Husin,t.t. :8). Beliau juga adalah seorang pengurus yang berjaya.Ibn Kathir mensifatkan Khadijah adalah seorang yang cukup matang,berpandangan jauh(Ibn Kathir,1971:262).
Ini terbukti dari pemilihannya menjadikan Muhammad sebagai suaminya walau pun dia lebih tua dari suaminya itu. Adalah luar biasa,Khadijah berupaya mengangkat martabat dirinya ketika adat masyarakat jahiliah merendah-rendahkan taraf wanita.Beliau hidup di tengah kemungkaran,tetapi mampu menepis segala gejala buruk itu sehinggakan beliau dikenali sebagai('Afifah Tahirah).
Perkahwinan beliau dengan nabi Muhammad s.a.w. membawa kebahagiaan sejati. Apabila wahyu pertama diturunkan dia lah yang pertama beriman.Ketika Rasulullah s.a. w. dilakukan sewenang-wenang, dia jualah yang menjadi perisai. Justeru itu beliau mengorbankan seluruh harta kekayaann a untuk perjuangan Rasululla, s.a. w. Apabila beliau wafat maka tahun itu dinamakan "tahun dukacita"bagi Rasulullah.
Selepas bertemu Rasulullah s.a. w. beliau meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan hidup untuk berabdi diri kepada Tuhan dan berjuang menegakkan kebenaran. Penganut Islam amat bersyukur atas segala jasanya itu. Beliau menumpukan perhatian kepada suami dan anak-anak serta penyebaran Islam.
Lambang Kasih Seorang Isteri
Kasih sayang dan saling mengerti serta kecenderungan yang sama adalah punca keharmonian rumahtangga. Inilah yang terjadi kapada pasangan ideal ini.
Mereka bertemu jodoh dengan pilihan masing-masing yang tepat. Nabi SAW Muhammad cukup bertuah seperti juga Khadijah amat bertuah kerana mendapat pasangan secucuk dan sepadan. Ia hubungan kesetiaan yang tiada tolak bandingnya,memberikan contoh teladan dalam kasih sayang dan pengorbanan.Masing-masing bersedia menanggung kesusahan dan bersedia memberi pertolongan. Khadi'ah melaksanakan segala kewajipan dan tanggung jawab sehingga Nabi Muhammadtmendapat kedamaian yang tiada bandingan(Qadariyyah,op.cit:20).
Kehadiran Khadijah dalam kehidupan nabi memberi suatu kekuatan dan tenaga pendorong untuk menghadapi tugas yang amat berat. Beliau menjadi temanhidup yang dapat menghilangkan kesepian,memberi hiburan di kala duka, malah rela berkorban sepanjang masa. Semasa suammya berangkat ke gua-gua di sekitar Mekah untuk bersedirian,dia mempersiapkan bekalan yang diperlukan.Jika suaminya lambat pulang dia amat gelisah.Bila dilihat suaminya bermunajat dia merasa tenang dan sabar tanpa mengomel. Sebenamya,bukanlah suatu perkara yang enteng bagi seorang isteri menahan kesabaran untuk suami yang sering meninggalkan rumah dengan alasan untuk beribadat,terutama pada zaman jahiliah yang penuh kemaksiatan dan kemungkaran. Sekiranya Khadijah mengikutkan perasaan sudah pasti dia memprotes perbuatan Rasulullah itu. Tetapi Khadijah mempunyai keyakinan yang teguh terhadap suaminya itu.
Dua puluh lima tahun bersama Rasulullah Khadijah sumber kebahagiaan,ketenangan,kemesraan yang mendalam. Dia meninggalkan contoh terbaik sebagai suri yang patuh dan taat.
Khadijah Ibu Sejati
Tidak banyak fakta sejarah yang secara jelas menulis tentang peranan Khadijah sebagai ibu.Namun ada disebut anaknya dengan Rasulullah seramai tujuh orang. Anak lelaki kesemuanya meninggal iaitu al-Qasim,Tahir dan Tayyib. Hanya anak perempuan yang kekal hidup iaitu Zainab,Ruqayyah, Umm Kalthum dan Fatimah(Abdul Salam Harun,1977:44).
Apa yang difahami dia amat memberikan perhatian berat kepada pendidikan anak-anak perempuan ini. Ibu adalah guru pertama bagi anak muslim. Khadijah mendidik sendiri anak-anaknya bersama Rasulullah. Zainab anak sulung dilatih sejak awal bukan dalam keadaan manja,tetapi lebih cepat matang. Zainab menjadi "ibu kecil" bagi adik-adiknya. Dia ditugas mengawasi adiknya Fatimah,mengisi waktu dengan bermain,apalagi ibunya sudah agak berumur(Binti sl Syati,1975:85).
Pendidikan melalui tauladan menjadi teras bagi Khadijah. Hasil didikannya tidaklah aneh jika anak-anaknya seperti Ruqayyah dan Fatimah mampu bersabar dan mampu pula menghadapi kesulitan hidup. Sebab dari buah dikenal pokoknya, demikian kata pepatah Melayu, maka itulah jua yang berlaku kepada Khadijah,Keunggulan beliau sebagai ibu dikenal melalui sahsiah anak-anaknya.
Sumbangan
Memang sukar memperincikan sumbangan beliau secara ditil,tetapi seawal perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. sehingga wafatnya,kisah hidup beliau penuh dengan pengorbanan. Ketika Nabi Muhammad menyatakan resah didatangi Jibril,biasanya si perempuan akan menjadi lebih resah dari suami.Mungkin sifat keibuan yang tinggi dan isteri yang penyayang ini membuat Khadijah dapat menenangkan nabi Muhammad.
Ketika nabi berdakwah dia pula menjadi pembantu. Contoh sebaiknya apabila dia turut bersama diboikot di lorong Abu Talib,sehingga kesan dari situ menyebabkan beliau sakit dan menemui ajalnya. Dia tidak seperti isteri Nuh dan Lut. Dia berdiri di samping nabi mempertahankan Islam hingga merakamkan namanya sebagai pembela agama yang kental. Malah dialah lambang penyertaan aktif wanita dalam gerakan Islam yang tidak dapat dinafikan.
Khadijah bukan hanya sanggup memberikan sokongan moral tetapi juga material. Pengorbanan beliau secara tidak langsung dirakam oleh Allah S.W.t. dalam surah al-Duha:6-8. Dia mengeluarkan harta untuk jihad dan perbelanjaan umum.Malah kekuatan Islam pada peringkat awal digerakkan oleh dana yang disumbangkan oleh beliau. Rasulullah dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada dakwah kerana dokongan sumber dari Khadijah.
Kewafatan
Selepas dua puluh lima tahun brsama Rasulullah,pergilah seorang wanita yang menjadi isteri,ibu dan pejuang yang istimewa dan nabi tidak berenggang dengannya selama tiga hari.Akhimya,beliau melepaskan nafas terakhir di hadapan suaminya. mayatnya dimasukkan sendiri oleh suami ke persemadian terakhir. Suatu kehilangan yang amat cukup dirasai oleh Rasulullah. Islam ketika itu sudah berkembang ke luar dari Mekah.
Namun pemergiannya sesudah menyempurnakan tugas sebagai isteri,ibu dan pejuang kerana beliau sudah memikul segala amanah dan tanggung jawab. Dia muncul sebagai sebaik-baik wanita di dunia dengan gelaran "ibu semua kaum mukminin". Beliau meninggalkan zuriat Rasulullah melalui anaknya Fatimah yang kekal hingga ke hari ini.
Penutup
Khadijah menjadi inspirasi wanita dunia yang begitu teguh iman dan pendirian,amat setia,beramanah dan bertanggung jawab serta menjadi ibu yang terbaik. Dia mengutamakan pendidikan anak-anak melebihi tugas lain.
Bagi mereka yang keluar rumah untuk mencari nafkah hidup tidak boleh menjadikan itu alasan untuk tidak dapat menyempurnakan tugas asasi mereka. Wanita mesti melibatkan diri dengan peIjuangan Islam dari contoh tauladan yang ditunjuk oleh Khadijah.
Labels: Srikandi Islam