Pengertian Sirah Nabi S.A.W..dan Manfaatnya.....
Untuk meluruskan persepsi tentang sirah Nabi s.a.w diperlukan satu pengertian yang benar terhadap sirah tersebut.
Sirah Nabi s.a.w yang dimaksudkan di sini adalah kumpulan berita-berita yang diriwayatkan atau dikisahkan berisi peri kehidupan Rasullullah s.a.w yang meliputi nasab, kandungan beliau di perut ibunya, kelahirannya dan keadaan kehidupan yang menyertainya, pemeliharaannya, masa kecilnya, masa remaja dan kedewasaan beliau, pengangkatan beliau sebagai Nabi, turunnya wahyu kepada beliau dan permulaan dakwahnya, masa-masa dakwah di Mekah dan setelah hijrahnya ke Madinah, pembentukan negara di Madinah dan pembelaan beliau terhadap negara tersebut, jihad beliau melawan musuh-musuh agama di dalam negara dan di luarnya, pengiriman duta, utusan-utusan dan angkatan perang, kepemimpinan beliau s.a.w, perang-perang penting, pengembangan dakwah Islam di Jaziroh Arab dan di luarnya, sakit dan kematian beliau dan pengaruhnya terhadap para sahabat s.a.w sampai perawatan jenazah beliau s.a.w (As-Siroh An-Nabawiyah oleh Muhammad Abdul Qadir Abu Faaris, cetakan pertama, Dar Al Furqaan, Ammaan, Yordania hlm. 49)
Faedah mempelajari sirah Rasulullah s.a.w adalah:
1.Mendapatkan dan menemukan aplikasi konkrit dari hukum-hukum Islam yang terkandung dalam ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith Nabi dalam rakam bidang kehidupan.
2.Mencontohi sifat Rasulullah s.a.w menuntut seorang untuk mengetahui sifat-sifat dan keadaan kehidupan beliau s.a.w dalam segala bidang kehidupan kerana beliau adalah suri teladan yang baik atau seorang ummi yang patut kita contohi.. Sebagaimana firman Allah s.w.t:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا اللهَ وَالْيَوْمَ اْلأَخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS Al Ahzab: 21)
3.Mencontohi dan mengikuti Rasulullah s.a.w merupakan tanda kecintaan seseorang terhadap Allah S.W.T dan yang melakukannya akan mendapatkan kecintaan Allah dan keampunanNya, sebagaimana firman Allah S.W.t:
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللهُ غَفُورُُ رَّحِيمُ
“Katakanlah, Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allahmengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Ali Imran: 31)
4. Dapat menemui dalil-dalil mukjizat yang dapat menguatkan dan menambah iman.
5. Dapat menguatkan azam kaum mukminin yang mengikuti jalannya Rasulullah s.a.w dan memantapkan mereka dalam membela agama dan kebenaran serta memberikan ketenangan dalam hati mereka dengan mengenal apa yang terdapat dan terkandung dari sirah Rasulullah s.a.w berupa sikap-sikap keimanan dan kekuatan akidah beliau dalam menghadapi cubaan dan musuh-musuhnya.
6.Dalam sirah Rasulullah s.a.w terdapat pelajaran dan nasihat serta hikmah-hikmah yang boleh diambil oleh semua umatnya bagi membentuk manusia yang baik dengan akhlak yang baik dan menjadi garis panduan kepada umatnya.
7.Sirah Rasulullah s.a.w merupakan gambaran contoh yang tinggi yang dimiliki oleh seseorang manusia yang sempurna dari segala sisi.
8.Sirah Rasulullah s.a.w yang banyak mengisi tentang pelajaran-pelajaran yang boleh digunakan di setiap lapisan masyarakat manusia dan meringankan mereka dalam menghadapi segala cubaan dan ujian hidup yang mereka hadapi dan amalkan segala sunnah Rasulullah s.a.w.
9. Ia juga dapat membantu kita memahami Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
10.Selain kita dapat banyak pengetahuan yang benar tentang pelbagai ilmu-ilmu keislaman contohnya aqidah, syariat, akhlak, tafsir, hadith, politik, pendidikan dan sosial kemasyarakatan dan lain-lain lagi.
11.Kita dapat mengenal perkembangan dan pertumbuhan dakwah Islam dan apa yang terjadi pada Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya dalam menegakkan kalimah Allah serta apa yang dihadapi para sahabat dari kesulitan-kesulitan yang mereka hadapi.
12. Dapat mengenal sebab turunnya ayat-ayat Al Quran dan korelasi ucapan-ucapan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.
13. Dapat mengenal nasakh dan mansukh dalam Al Quran dan hadits.
14. Dapat mengetahui mukjizat-mukjizat yang Allah kurniakan kepada Rasulullah s.a.w.
15.Menanamkan rasa kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.
Labels: Sirah Nabawiyah