Zainab adalah putri tertua Rasulullah SAW telah menikahkannya dengan sepupu beliau iaitu Abul ‘Ash bin Rabi’ sebelum beliau diangkat menjadi Nabi, atau ketika Islam belum tersebar di tengah- tengah mereka. Ibu Abul ‘Ash adalah Halal binti Khuwailid, bibi Zainab bagi pihak ibu. Dadi pernikahannya dengan Abul ‘Ash mereka mempunyai dua orang anak, Ali dan Umamah. Ali meninggal ketika masih kanak- kanak dan Umamah meningkat dewasa dan kemudian menikahi dengan Ali bin Abi Thalib r.a setelah wafatnya Fatimah r.a.
Setelah berumah tangga Zainab tinggal bersama Abul ‘Ash bin Rabi’ suaminya. Hingga pasa suatu ketika suaminya pergi bekerja, Zainab mengunjungi ibunya. Dia mendapati keluarganya telah mendapat satu kurnia yang mana ayahnya Muhammad SAW telah diangkat menjadi Nabi akhir zaman. Zainab mendengarkan keterangan tentang Islam dari ibunya Khadijah r.a. Keterangan tersebut membuatkan hatinya lembut dan menerima hidayah Islam. Dan keislamannya ini dipegang dengan teguh walaupun dia belum menerangkan kepada suaminya, Abul ‘Ash.
Sedangkan Abul ‘Ash bin Rabi’ adalah termasuk orang- orang yang musyrik yang menyembah berhala. Pekerjaan sehari- harinya adalah berdagang. Dia sering meninggalkan Zainab untuk keperluan Daganganya. Dia telah mendengar pengakuan Muhammad SAW sebagai Nabi SAW, namun dia tidak mengetahui bahawa isterinya telah memeluk Islam pada tahun ke 6 hijrah Nabi SAW ke Madinah.
Abu ‘Ash bin Rabi’ pergi ke Syria beserta kafilah- kafilah Quraisy untuk berdagang. Ketika Rasulullah SAW mendengan tentang berita ini, beliau mengirimkan Zaid bin Haritsah r.a bersama 313 pasukan muslimin untuk menyerang kafilah Quraisy ini. Mereka menghalang kafilah ini di Badar pada bulan Jamadil Awal. Mereka menangkap kafilah- kafilah ini termasuklah Abu ‘Ash bin Rabi’ dan barang- barang yang dibawanya. Ketika penduduk Makah datang untuk menebus para tawanan, maka saudara laki- laki Abu ‘Ash iaitu Amr bin Rabi’ telah datang untuk menebus dirinya. Ketika itu Zainab isteri Abu ‘Ash masih tinggal di Mekah. Dia pun telah mendengar berita serangan Kaum Muslimin menyerang kafilah- kafilah Quraisy termasuk berita tertawannya Abul ‘Ash.
Berita ini sangat menyedihkannya lalu dia mengirimkan kalungnya yang diperbuat daripada batu onyx Zafar hadiah daripada ibunya, Khadijah bin Khuwailid r.a. Zafar adalah sebuah gunung di Yaman. Khadijah binti Khuwailid memberikan kalung itu ketika Zainab akan menikahi Abu ‘Ash bin Rabi’. Dan kali ini Zainab mengirimkan kalung itu sebagai tebusan atas suaminya. Kalung itu sampai ke tangan Rasulullah SAW, melihat kalung itu beliau segera mengenalinya. Dan kalung itu mengingatkan beliau kepada isteri yang sangat disayanginya, Khadijah. Beliau berkata, “seorang mukmin adalah penolong orang mukmin yang lainnya. Setidaknya mereka memberikan perlindungan. Kita lindungi orang yang dlindungi oleh Zainab. Jika kalian bisa mencari jalan untuk membebaskan Abul ‘Ash bin Rabi’ kepada Zainab dan mengembalikan kalung itu kepadanya maka lakukanlah”. Mereka menjawab, “Baik ya Rasulullah SAW”. Maka dengan segera mereka membebaskan Abu ‘Ash dan mengembalikan kalung itu kepada Zainab.
Kemudian Rasulullah SAW menyuruh Abu ‘Ash agar berjanji untuk membiarkan Zainab bergabung bersama Rasulullah SAW. Dia pun berjanji dan memenuhi janjinya itu. Ketika Rasulullah SAW pulang ke rumahnya, Zainab datang menemuinya dan meminta untuk mengembalikan Abul ‘Ash apa yang pernah diambil daripadanya. Beliau mengabulkannya. Pada kesempatan itu, beliau melarang Zainab agar tidak mendatangi Abu ‘Ash kerana dia tidak halal lagi bagi Zainab selama dia masih kafir. Lalu Abul ‘Ash kembali ke Mekah dan menyelesaikan semua kewajibannya. Kemudian dia memasuki Islam dan kembali kepada Rasulullah SAW sebagai seorang muslim. Dia berhijrah pada bulan Muharram, 7 Hijriyah. Maka Rasulullah pun megembalikan Zainab kepadanya, berdasarkan pernikahannya yang pertama.
Zainab wafat pada tahun 8 Hijriyah. Rasulullah SAW sangat sedih atas kepergiannya. Zainab meninggal dunia setelah meninggalkan kenangan terbaik. Dia telah menjadicontoh terbaik dalam hal kesetiaan isteri, keikhlasan cinta dan kebenaran iman.
Orang- orang yang memandikan jenazahnya ketika itu, antaranya ialah Ummu Aiman, Saudah binti Zam’ah, Ummu Athiyah dan Ummu Salamah r.a. Rasulullah SAW telah berpesan kepada mereka yang akan memandikan jenazahnya ketika itu, ‘Basuhlah dia dalam jumlah yang ganjil, 3 atau 5 kali atau lebih jika kalian merasa lebih baik begitu. Mulalah dari sisi kanan dan anggota- anggota wuduk. Mandikan dia dengan air dan bunga. Bubuhi sedikit kapur barus pada siraman yang terakhir. Jika kalian sudah selesai beritahukanlah kepadaku.’ Ketika itu rambut jenazah dikepang menjadi tiga kepangan, di samping dan di depan lau dibelakangkan. Setelah selesai memandikan jenazah, Ummu Athiyah memberitahukan kepada Rasulullah SAW lalu beliau memberikan selimutnya dan berkata. ‘kafanilah dia dengan kain ini.
Labels: Puteri Rasulullah s.a.w