Kata hikmat Cita-cita

Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita.

Orang yang bercita-cita dab berazam besar,selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar.Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatau cita-cita.

Dalam dasar suatau cita-cita mulia, kehendak yang buruk bisa juga menyelinap.
Bila dasar suatu cita-cita bermula,perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.

Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citanya.

Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.

Jangan engkau kecilkan cita-cita engkau,kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab seseorang mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan ,kecuali cita-cita atau hemah yang kecil.

Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.

Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.

Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,melainkan adakalanya disirami dengan aiarmata dan juga darah.

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.

kata hikmat Islam

Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.dakwah Isalam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Perbezaan kepercayaan antara orang Islam dengan orang Kristian kepada nabi Isa adalah tentang’Filsafat Ketuhananya dan tentang matinya kerana disalib.

Agama Islam amat membenci orang-orang yang berambut kusut masai,tidak licin bersisir,berjanggut kusut masai dan sebagainya.

Kata hikmat Keindahan

Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah,buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan untuk berkenalan dengan pengarangnya.

Memerhatikan keindahan alam itu menambah harga diri.

Hasad dengki menghilangkan keindahan,baik keindahan badan,keindahan jiwa ataupun keindahan akal.Bahkan keindahan wajah pun mampu dihilangkannya.

Alangkah indahnya jika dunia dan agama berkumpul menjadi satu dan alangkah buruknya jika kafir dan derhaka bergabung dalam diri seseorang.

Letak keindahan bukan pada ejekannya,tetapi pada cara dia mengejek.

Bacaan Al-Quran dengan lagu yang indah,suara yang merdu ,menunjukkan dalam agama pun ada seni suara.

Allah amat ingin agar hambanya memperlihatkan bekas nikmatnya atas dirinya.

Perhiasan timbul dariapda kerinduan terhadap yang indah.Bunga yang mekar di atas meja,kerusi yang bagus,semuanya seiring dengan kemajuan otak dan jiwa.

Berhiaslah ketika ke masjid.Tandanya berhias itu dilarang bahkan dianjurkan.Tetapi jangan berlebih-lebihan.

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Sesungguhnya Allah itu indah,suka akan keindahan.

Perhiasan adalah barang indah.Orang tidak boleh berhias dengan barang yang buruk.

Sikap yang kasar adalah lantaran jiwa yang ksar,jiwa yang tidak mengenal keindahan.

Jika seseorang tidak dikuasai oleh perasaan benci,setiap pakaian yang dipakainya kelihatan indah.

Kata hikmat kalau

Kalau kail panjang sejengkal ,jangan lautan hendak diduga. (peribahasa Melayu)

Kalau banyak ilmu manusia,lebih mudah dia menipu dirinya.Jalan yang baik mengelakkan kesilapan ialah membuat tidak tahu.(Jean Jacques Rousseau).

Kalau kita memerintah kekayaan ,kita menjadi kaya dan bebas,kalau kekayaan memerintah,kita jadi miskin.(Edmund Burke).

Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.(peribahsa China).

Kalau banyak benda yang manusia malukan,dia akan dihormati.
Kalau dua orang menunggang kuda,seorang mesti duduk di belakang.(peribahasa Inggeris).

Kalau engakau disuruh pilih,tentu engkau memilih.(peribahasa Arab).

Kalau bekerja dianggap menyusahkan,mengganggur merosakkan.(peribahasa Arab).

Hati-hatilah kalau lidahmu akan memukul lehermu sendiri.(peribahasa Arab).

Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,maka payah melaluinya,panjang jalannya dan banyak rintangannya.(imam Al Ghazali).

Kalaulah ilmu dapat dicari dengan niat,pasti tidak ada orang jahil dalam dunia ini.(pendeta).

Kalau takut mati jangan hidup.(Mahatma Gandhi).

Kalau tuhan tidak menjadikan perhambaan dan perbudakan,tentu tidak akan timbul keinginan hendak mengejar kemerdekaan.Memang kalau taida kesakitan,orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan.Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan. (Hamka).

Kalau petang dan pagi seseorang itu beroleh aman dan sentosa daripada sebarang gangguan,itulah orang yang bahagia.(zaid)

Kalau sekali seorang bijak melakukan kekeliruan,di belakangnya terdapat ramai orang bodoh yang mengulangi kekeliruan itu.(Beng Cu).

Kalau engkau ingin menjadi raja,pakailah sifat qanaah.kalau engakau ingin beroleh syurga dunia sebelum syurga akhirat,pakailah budi pekerti yang baik.Kedua sifat ini ialah kawan bahagia.(saidina Ali).

Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit,tidak dapat menolak demam,tidak dapat menghindarkan maut,nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang kaya,serupa dengan kesusahan yang menimpa orang miskin.(Hamka).

Kalau hendak beroleh kemerdekaan fikiran,hendaklah biasakan hidup melarat,sengsara dan tidak terpengaruh oleh hiasan dunia.Tetapi kalau engkau hendak mencapai kemerdekaan untuk diri sendiri dan bangsamu,hendaklah engakau biasakan bersikap tabah menempuh perjuangan.(Voltaire).

Kalau pemerintah mempunyai hak atas rakyat iaitu supaya rakyat taat dan tunduk kepadanya,maka rakyat pula mempunyai hak atas pemerintah,yakni hendaklah pemerintah berlaku adil atas rakyat.(Muhammad Abduh).

Kalu hendak memperbaiki karangan,adakan peraturan dalam fikiran.(buffon).

Kalau hendak mempunyai tampan yang paling baik dan paling kukuh dalam karangan,menulislah dengan sederhana.(Hohenemser).

Kalau kamu mendapat kesusahan,ingatlah untuk menyimpan kesabaran.(Horatius).

Kalau tutur kata dan bahasa tidak sesuai dengan keadaan yang sebenar,itu tandanya bahawa sesuatu perkara tidak berhasil.

Kalau kamu berada di rumah orang,hendaklah kamu jaga matamu,jika kamu berada di tengah orang ramai,jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majilis jamuan,jaga perangaimu.(lukmanul hakim).

Jika nasihat orang gila itu bagus,orang berfikiran waras tentu akan melaksanakannya.(Hamka).

Jikalau orang perlu kawan,dia akan mengambil setiap orang yang mahu menolongnya,soal siapa orangnya,itu tidak penting.(Feng Yu Hsiang)

Kalau kamu letakkan pedang yang terhunus di leherku,sewaktu aku menyampaikan perintah Allah dan Rasulnya,aku akan terus berbicara,sekalipun pedangmu itu aakan memutuskan leherku.(Abi Zar Al Gifary).

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah,ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.(Umar Al Khatab).

Kalau hendak orang lain menyimpan rahsiamu,lebih dahulu simpanlah pada dirimu sendiri.
Kalau orang mengasihi anda ,dia kan membuat anda meratap,tetapi jika orang membenci anda,dia akan membuat anda ketawa.

Kalau kita membenci orang,orang akan membenci kita.

Kalau kurang pada rupa jangan kurang pada budi.

Kalau orang sakit memikirkan nyawanya,orang sihat akan memikirkan wangnya.

Kalau kita tidak mencari sesuatu,kita tidak dapat menemui sesuatu.

Kata hikmat bahagia.

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).

Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).

Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).

Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).

Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).

Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.

Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.

Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.

Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.

Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.

Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.

Kata hikmat Akal.

Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).

Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh.
(ulama).

Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib).

Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib).

Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib).

Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ).

Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. ( Hamka ).

Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. ( Hamka).

Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. ( Hamka).

Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang. ( Hamka ).

Dengan langkah pasti, Yasir bin Amar berangkat meninggalkan kampung halamannya di negeri Yaman. Setelah melakukan perjalanan cukup panjang, akhirnya langkahnya terhenti di Mekah. Dia pun menetap di kota itu dan menjalin persahabatan dengan Abu Hudzaifah bin Mughirah.
Melihat keperibadian Yasir yang baik Abu Hudzaifah akhirnya menikahkannya dengan Sumayyah binti Khayyath, seorang hamba sahaya, tokoh yang akan diceritakan kali ini.
Perjalanan keluarga Yasir dan Sumayyah berjalan dengan harmonis. Setelah mereka dikurniai seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Hudzaifah pun memerdekakan Sumayyah. Sempunalah kebahagiaan keluarga itu.
Kala Islam mulai memancarkan cahayanya di Mekah dan Nabi Muhammad SAW pun baru mendapatkan perintah untuk menyebarkan Islam secara diam- diam Sumayyah termasuk keluarganya merupakan orang yang pertama memeluk Islam. Menurut para ahli sejarah, Sumayyah termasuk orang yang ke tujuh masuk yang menyatakan masuk Islam kala itu. Selain Khadijah, dialah mula- mula yang masuk Islam.
Seperti kaum lainnya, Sumayyah dan keluarganya menjalankan perintah Allah secara diam- diam. Mereka melakukan solat di rumah atau di gua- gua yang tidak diketahui orang kafir Quraisy. Walaupun demikian kerana begitu gencarnya kaum kafir Quraisy melakukan permusuhan, tetap sahaja di antara kaum ada yang ketahuan telah masuk Islam.
Kalau kaum muslimin termasuk golongan bangsawan dan berpengaruh, mereka hadapi dengan ancaman dan gertakan. Tak segan- segan Abu Jahal mengeluarkan gertakan, “Kamu berani meninggalkan agama nenek moyangmu padahal mereka lebih baik daripadamu! Akan kami uji sampai di mana kehebatanmu, akan kami jatuhkan kehormatanmu, akan kami rosakkan perniagaanmu dan akan kami musnahkan harta bendamu!”
Namun, kalau yang beriman itu dari kalangan orang- orang yang randah martabatnya dan miskin, atau dari budak belian, maka mereka diseksa dan didera sekehendak hati. Keluarga Sumayyah termasuk golongan yang kedua ini. Mereka adalah orang- orang yang lemah yang tidak mempunyai apa- apa. Mereka juga bukan golongan bangsawan atau berpengaruh. Mereka juga bukan kelompok- kelompok yang mempunyai saudara yang banyak. Bahkan Yasir berasal dari Yaman, dan Sumayyah adalah mantan budak. Dapat dibayangkan kedudukan mereka di mata orang- orang Quraisy. Sungguh tidak bererti.
Berbeza dengan kedudukan kaum muslimin dalam Islam yang mana mempunyai kedudukan yang sama. Tidak ada yang membezakan kedudukan manusia di hadapan Allah kecuali keimanan dan ketakwaannya.
Dengan keteguhan prinsip itulah, Sumayyah berani menentang Abu Jahal. Akibatnya bukan hanya dirinya, suami dan putranya juga menjadi sasaran kekejaman Abu Jahal.
Kedua pasangan dan putranya itu diikat kaki dan tangannya lalu dilemparkan di atas kerikil tajam dan panas. Walaubagaimana pun tidak terdengar dari mulut Yasir dan Ammar kecuali hanya diam dan rintihan meski pun seksaan yang datang bertimpa- timpa mengenai mereka.
Siksaan yang dialami oleh Ammar dilukiskan oleh kawan- kawannya dalam beberapa riwayat. Amar bin Hakam dalam riwayatnya “ Ammar itu disiksa sampai- sampai tidak menyedari apa yang diucapkannya”.
Pada suatu hari ketika dia tidak sedarkan diri kerana siksaan yang bergitu berat, mereka yang menyiksanya mengatakan, “Pujalah olehmu tuhan- tuhan kami”. Tanpa sedar Amar mengikuti apa yang mereka inginkan.
Ketika siuman, Ammar menyedari apa yang telah diucapkannya dan sangat menyesal. Beberapa sahabat yang mengetahui hal ini menceritakan kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah SWT “ Kecuali orang yang dipaksa, sedang hatinya sangay teguh dalam keimanan”. (Surah An- Nahl: 106). Sejas saat itu Ammar merasa tenang. Dia menghadapi cobaan dan siksaan itu dengan luar biasa, hingga mereka yang menyiksanya merasa lemah dan lelah.
Lain halnya dengan Sumayyah yang menentang Abu Jahal di tengah- tengah deraan cambur. Usaha Abu Jahal untuk mengembalikannya murtad sia- sia. Sumayyah lebih memilih untuk mempertahankan imannya walau apa pun yang terjadi.
Mendengar tentangan Sumayyah, nyata Abu Jahal mengerut. Ia tidak habis pikir bagaimana seorang wanita yang lemah itu boleh menentangnya. Ia tidak hanya merasa dilecehkan secara peribadi, tetapi juga darjat dan martabatnya sebagai tokoh Quraisy benar- benar diperlekehkan.
Amarah yang tadinya menggelegak semakin panas. puncak kemarahannya terjadi kala ia mengangkat tombak dan menghunjamkannya ke dada Sumayyah. Seketika Sumayyah gugur menemui Rabnya. Sejarah pun menorehkan tintahnya dan mencatat sebagai syahidah pertama dalam Islam. Masa keislaman Sumayyah tidak memang tidak lama. Tapi namanya tetap semerbak sepanjang masa.


 

Copyright 2006| Blogger Templates by GeckoandFly modified and converted to Blogger Beta by Blogcrowds.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.